Apa yang istimewa sangat couple ni?? Ok aku jawab la ye. Bagi aku bila ada couple ni ada kebaikan nya dan ada gak keburukan nya. Tapi klu aku timbang guna penimbang yang org timbang sayur kat pasar tu, rasanya lagi berat kat keburukan kot.. itu klu ikut penimbang aku, klu org lain aku tak taw. Mungkin sebaliknya kan? Kita ikut penerimaan masing2 la yer.
Hidup sendri @ tak couple ni boring
sebenarnya. Klu mcm aku yg single mingle ni (cewahh, single ke? huhuhu) aku selalu jer dihimpit oleh rasa
kesunyian. Kadang2 ble tgk kapel2 yg lalu lalang dpn mata sambil tersenyum@
lebih kepada tersengih ni, terbit jgk rasa cemburu tu. Alangkah bahgianya
diorang tu. Tambah lagi sweet ble slalu jer aku tgk pasangan yg sama berdating
kt kawasan kampus ni. Ye la, ble couple dengan org yg dekat ni selalu je la
bersama. Makan bersama, p kelas bersama, balik kelas bersama, petang2 jalan2
bersama (kat tepi tasik tu) pendek
& panjang kata semuanya bersama lah. Sweet sgt kan (tgn ke bahu mata ke atas).
Eh, diorg ni x boring ke asyik
berkepit aje. Aku yang nengok ni dah naik muak dah. Apa taknya aku tgk yang si
lelaki tu mcm dah xde kawan2 yang lain. Boleh dikatakan 24 jam bersama awek dia
tu ( ok la mmg la x smpai 24 jam, saja
aku nk bg nmpk lama tu.hihihi ). Kadang2 tu tertanya jgak aku , dia ni x de
kawan lain ke? Takkan la kehidupan dia hanya berkisar pada girlfriend dia aje.
Biasanya aku tengok lelaki2 lain akan abiskan masa lapang diorg ngan kawan
lelaki. Contoh ble petang2 diorg akan menghabiskan masa dengan bermain bola
sepak kat padang.
Tapi yang baiknya couple ni, ia bagi
motivasi kat pasangan tu sendri taw. Khususnya bagi kite yg bergelar pelajar
@mahasiswa ni. Bile ber’couple’, kita akan rasa lebih bersemangat untuk belajar
sebab kita nak buktikan kpd pasangan kita yg kita mampu berjaya. Masa ni lah
kite dapat tengok kesungguhan seseorg yg bergelar mahasiswa dalam menimba ilmu.
Aku puji klu pasal ni sbab bg aku kebanyakkan mahasiswa yang dah berjaya tu
selain ibu bapa, kekasih jgk memberi dorongan bagi mereka untuk berjaya. Fakta
ini aku yakin betul la ( walaupun aku
rase aku sendri yg buat fakta tersebut..huhuhu ).
Namun, kite jgak x boleh nafikan ber’couple’
ni ada keburukannya dalam pelajaran. Contohnya, ble berlaku bertelingkahan dalam
hubungan pasangan tersebut. Secara automatiknya, keadaan ini akan menjejaskan
mutu@kualiti pelajaran mereka. Rata-rata ibu bapa melarang anak-anak mereka
bercouple sebab inilah. Ibu bapa takut anak mereka tidak dapat menumpukan pada
pelajaran. Ya la, ble dah gaduh semua kerja x jadi kan. Tak payah nak nafikan
la, sedikit sebanyak memang akan menjejaskn pelajaran tu.
Yang paling ditakuti oleh ibu bapa
adalah masalah sosial anak2. Bila dah ber couple ni, kita sebenarnya
mendekatkan diri dengan maksiat. Tapi aku tak kata semua couple macam ni. Kita
boleh nilai sendiri la. Macam mana pergaulan kita sehari-hari kan. Couple tak
memberi kebenaran kpd kita untuk menghalalkan yang haram taw. So, kepada adik2,
kakak2 dan abg2 semua sedarlah. Fikir kembali selama ber couple ni pernah tak
anda melakukan sesuatu yg salah disisi agama & undang2. Jikalau pernah,
masih tidak terlambat untuk bertaubat kepada Nya. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun dosa2 kita. Insya Allah.
Cik DA : suka tengok pasangan yg sama2 berjaya.
yup..btol kate cik da tu..as astudent cik pinky ase xyah couple kan..sng xda masalah..bila dah gaduh sume jd kalut..tp law time study xda couple xbest jgk..ase boring jer...tol x cik da???
ReplyDeletebg Cik DA, semua ni bergantung kpd diri kita sendiri. sebelum apa2, kita kena fikir balik tujuan kita ber couple ni. Niat kita mst betul la. jgn sebab kita sunyi@sebab kita nk tebus rasa kecewa kita. sebab klu kita couple atas sbb itu, Cik DA rasa kita tidak ikhlas dgn hubungan tu. so, mgkin disini lah akan timbul byk masalah. sbab itulah org tua2 suh cepat2 kahwin klu dh jumpa calon nya. x payah couple lama2.hehehe
ReplyDeleteSudah terang lagi bersuluh yang couple ini hukumnya haram.
ReplyDeletePerkara yang haram la terkinja-kinja, tergedik-gedik nak couple.
Disebabkan couple la, ikhtilat tak dijaga, menghampiri zina, tak tunduk pandangan, zina hati .
Kalau nak kan motivasi, carilah guru atau keluarga. Memohon pada Allah.. Knapa nak diharapkan dengan ajnabi. Hanya sia-sia.