Taukah anda bahawa terkandung rahsia disebalik sebuah senyuman. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, antara
rahsia disebalik senyuman adalah..
(1) Membantu
memanjangkan hayat seseorang - Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik beberapa tahun yang lepas, beliau
mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih
panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura
positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi
fakta ini.
(2) Mempengaruhi
minda separa sedar - Penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman dapat
membantu seseorang untuk menukar perkara negatif menjadi satu perkara yang
positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi.
Sebagai contoh, satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia
cuba diselesaikan bersama senyuman.
(3) Mempengaruhi
orang lain - Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri
anda sahaja, malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh
yang biasa anda lalui, apabila anda senyum terhadap seseorang, kebiasaannya
mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang
berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya
dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu untuk mengalihkan pemikiran mereka
daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi.
(4) Senyuman tulen
dan senyuman palsu - Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi
pasti berjaya mengesan sama ada senyuman yang diberikan tulen atau
palsu. Untuk mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi terhadap
matanya. Sekiranya merasakan ianya berlainan, mungkin ia adalah senyuman palsu.
Ini berlaku kerana otak sukar untuk menafsirkan dua cas yang berlainan dalam
satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika
anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk menafsirkannya
disebabkan oleh cas yang berlainan.
(5) Rawatan muka
- Mungkin sudah ramai yang mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik
untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini
berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu saraf
muka yang dapat membantu untuk penegangan kulit. Ia dapat melambatkan lagi
proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut.
p/s: semua rahsia ini DA petik dari : top5reason.com.
No comments:
Post a Comment