Ok, sesiapa yang pernah ditemu duga pasti mempunyai pengalaman berasa gementar ketika di temu duga. Namun perasaan itu akan hilang selepas selesai sesi temu duga. Tidak salah mempunyai perasaan gementar namun biarlah berpatutan dan tidak mengganggu proses temu duga tersebut. Disini DA nak berkongsikan tips bagi menghilangkan perasaan gementar tersebut antaranya ialah
apabila berhadapan dengan penemu duga jangan terlalu gopoh dalam memberi jawapan bagi setiap seolan yang diajukan. Anda perlu bertenang dan menarik nafas dengan perlahan-lahan sebelum memberi jawapan agar urat saraf anda dapat ditenangkan. Anda juga perlu memacakan dalam minda bahawa penemu duga tersebut juga manusia biasa. Sekiranya tangan anda gementar, gengam sebelum dilepaskan secara perlahan-lahan. Selain itu anda juga perlu ingat bahawa temu duga itu bukanlah penentu hidup atau mati kita namun hanyalah sebagai satu perkara biasa. Jika anda mempunyai masalah berkomunikasi seperti gagap, anda perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada penemu duga agar tidak berlaku salah faham. Ok, diharapkan dengan tips-tips tersebut dapat membantu anda menghadapi temu duga dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment