- anak -anak dapat menghubungi ibubapa mereka jika mengalami masalah dalam perjalanan pulang ke sekolah.
- ibubapa juga boleh menghubungi anak-anak mereka jika tidak dapat mengambil anak pulang dari sekolah.
Setakat ini hanya dua saja kelebihan yang dapat DA simpulkan tentang peraturan tersebut. Namun dari sudut negatif pula, peraturan tersebut akan menyumbangkan :
- Kes kecurian akan bertambah apabila pelajar yang kurang mampu berasa cemburu dengan pelajar yang mampu menggunakan telefon yang canggih.
- Pelajar akan hilang tumpuan apabila terlalu sibuk menggunakan telefon bagi mengemaskini status facebook mahupun berbalas pesanan ringkas ketika cikgu mengajar.
- Jurang perbezaan antara pelajar kurang berkemampuan dan mereka yang berada jelas kelihatan.
- Banyak klip video yang tidak sepatutnya, tersebar di kalangan pelajar.
- Anak-anak akan menjadi biadap kepada ibubapa yang kurang berkemampuan apabila memaksa mereka membeli telefon yang lebih canggih untuk bersaing dengan kawan-kawan yang berkemampuan.
- Kes pergaduhan juga bertambah apabila telefon salah seorang pelajar dicuri, timbul perasaan dendam dan kawan-kawan masuk campur untuk menyelesaikan dendam tersebut.
No comments:
Post a Comment