Thursday, 6 December 2012

Cara Mengatasi Perasaan Marah

Assalamualaikum..
Hari ni DA nak kongsikan tip bagi mengatasi perasaan marah. Sebelum tu suka DA nak ingatkan DA bukanlah nak bersyarah atau berceramah tapi DA sebagai salah seorang insan yang berasa bertanggungjawab di atas muka bumi ini ingin berkongsi sedikit ilmu. DA tahu setiap orang pasti pernah mempunyai perasaan marah. boleh dikatakan tidak normal lah seseorang itu jika tidak mempunyai perasaan marah kepada sesuatu. DA sendiri pun kadang-kadang sukar hendak mengawal perasaan marah.  Namun kita perlu tahu marah adalah satu keadaan yang tidak elok dan memudaratkan diri sendiri. Disini DA nak kongsikan cara-cara mengatasi perasaan marah:


 "(Termasuk kalangan orang yang bertaqwa ialah ) orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang dan susah, orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan Allah menyukai orang yang berbuat baik. [ Ali Imran : 134 ]

  •  Mula-mula kita perlu malu dengan Allah S.W.T akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  • Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina. 
  •  Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  • Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
  • Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. 
  • Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  • Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  • Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
  • Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.






No comments:

Post a Comment