Remaja perempuan mengaku tidak bersalah sebabkan kematian bayi
KANGAR: Seorang remaja perempuan
hari ini dihadapkan ke mahkamah majistret Kangar atas tuduhan menyebabkan
kematian bayi yang baru dilahirkannya pada 24 Okt lalu.
Bagaimanapun remaja berusia 17
tahun itu mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu antara jam 12.30
tengah hari dan 5.30 petang di dalam tandas di sebuah rumah tidak bernombor di
Kampung Padang Benta dekat sini. Remaja itu dituduh mengikut
Seksyen 309A Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan itu dan boleh dihukum
mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa
hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda. Remaja yang berbaju kurung
berwarna merah putih dan bertudung merah yang diwakili peguam Pyara Singh itu
memohon dibicarakan dan timbalan pendakwa raya, Noor Syazwani Mohamad Sobry
memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh.
Bagaimanapun majistret Zuhair
Rosli memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang
penjamin sama ada ibu atau bapanya dan menetapkan 6 Feb 2013 sebagai sebutan
pengurusan kes. Remaja itu kemudiannya dibawa ke
sebuah pusat tahanan di Kedah sementara menunggu jaminan itu. - Bernama
Artikel ini disiarkan
pada : 2012/12/14
No comments:
Post a Comment