Assalamualaikum.
ok, hari ni aku nak berkongsi info tentang binatang yang amat aku benci ni (jahat betul aku ni). Aku memang anti dengan nyamuk sebenarnya. Tapi selepas aku selidik, nyamuk pun membawa kebaikan jgak kat manusia ni. Selama ni aku ingat nyamuk hanya seekor binatang parasit jer.
Tahukah kite bahawa nyamuk ni menjadi makanan kepada ikan-ikan kecil? ok la memang la bukan nyamuk tapi lebih kepada larva. Ikan-ikan kecil macam ikan pelaga, memerlukan larva untuk meneruskan hidupnya. So, di sini kita boleh lihat peranan nyamuk itu sendiri. Andai kata nyamuk pupus, maka ikan-ikan kecil juga akan turut pupus. Takkan lah kita dah lupa matapelajaran sains yang kite belajar masa darjah enam dulu2? Rantaian makanan.
Selain tu, nyamuk juga sebenarnya boleh menjana pendapatan kite. Cuba bayangkan, klu nyamuk xde. Dah tentunya pak cik2 yang duk jual ubat nyamuk tu rugi kan? sape yang nak beli klu nyamuk xde. Sekarang ni dah macam2 jenis jenama ubat nyamuk wujud. Klu nyamuk dah xde, alamaknya tutup la kilang2 yang memproses ubat nyamuk tu.
Dan sekarang tahulah aku rupa2nya nyamuk ni pun ada kebaikan jugak. tak semestinya dia hidup hanya untuk memberikan keburukan pada kite.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui setiap ciptaanNya.
keterangan lanjut baca kat cni>>> http://infokesihatan-fp.blogspot.com/2012/06/nyamuk-kemudaratan-atau-kebaikan.html
Cik DA : adik2 aku suka cari ikan pelaga kat dalam bendang sawah padi. tapi aku tengok diorg bagi mkn cacing kt ikan tu.huhuhu
No comments:
Post a Comment