Sunday, 9 December 2012

Senyum Tak Perlu kata Apa-apa

 Assalamualaikum..
Hari nie DA nak wat entry pasal senyum plak.. hehehe (ha sekrang pun DA ngah senyum nie)
Ok, seperti yg kita tahu senyum adalah satu perbuatan yg kita selalu buat. Kalau ikut DA tak terkira dalam satu hari tu berapa kali DA senyum. Kalau org lain tu DA tak tahu lah.. hehehhe

Kita tersenyum kerana banyak sebab sebenarnya contoh kita akan tersenyum bila kita ambik gambar dan bila kita tengok @ dengar jenaka atau cerita-cerita lawak. senyum ada banyak jenis antaranya:




  1. Senyum berwibawa - senyuman ini biasanya terbit dari dari bibir orang-orang yang berwibawa.
  2. Senyum egois - senyuman ini  terbit perasaan yang penuh hasad dengki. biasanya senyuman yang dihasilkan ini akan membuatkan orang yang melihatnya sakit hati.
  3. Senyum Ketabahan--Sebuah senyuman yang muncul dari orang-orang perkasa dan jantan.Peribadi yang mampu menghadapi pelbagai musibah dengan tabah,tanpa keluh kesah.Senyum ini akan dirasakan oleh orang-orang yang merasa dekat dengan Allah.  
  4. Senyum Menggoda--Sebuah senyuman liar yang bertujuan untuk memperdayai lelaki/perempuan untuk memperdayai,sesuatu yang dapat menjerumus kedalam jurang maksiat.
  5. Senyum Ketulusan--Sebuah senyuman yang datang dari relung hati yang paling dalam,muncul untuk membahagiakan,menghormati dan memuliakan orang lain,senyuman ini terbit selari dengan hati.



p/s : tunggu next entry pasal senyum nie.. DA suka wat kajian pasal senyum..
  

No comments:

Post a Comment