Assalamualaikum..
Sebelum apa-apa mari kita renung sejenak, macam mana cara kita tidur sehari-hari. Setahu DA macam-macam gaya orang tidur dalam dunia ni. Ada yang tidur sambil letak tangan kat dahi, ada yang tidur meniarap dan macam-macam lagi la. Sebenarnya di sini DA nak berkongsikan cara atau posisi tidur yang betul dan mengikut Sunnah Nabi.
Posisi yang betul ialah dengan membiasakan diri kita tidur di atas bahagian tubuh sebelah kanan ketika mula-mula tidur.
Ini adalah sunnah Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda yang
bermaksud, “…Kemudian berbaringlah di atas bahagian tubuh sebelah
kanan.”
Elakkan daripada tidur meniarap. Keadaan meniarap yang menekan perut ini akan
menyebabkan paru-paru kita tersekat semasa bernafas. Rasulullah SAW pernah menegaskan, mafhum sabda baginda: ”Sesungguhnya
cara tidur seperti ini tidak disukai Allah.” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi,
Ibn Hibban dan al-Baihaqi).
Tidur di atas bahagian tubuh sebelah kiri boleh menghimpit kedudukan
jantung sehingga peredaran darah terganggu. Keadaan ini boleh mengurangkan aliran darah
ke otak. Apabila berterusan ia akan membahayakan kesihatan untuk
jangka waktu yang panjang.
No comments:
Post a Comment