Masalah Pelajar Nigeria Dibincang
Pada Pertemuan Dengan Pesuruhjaya Tinggi Nigeria
Isu pelajar Nigeria yang ditipu oleh
institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) serta masalah sosial yang sering
ditimbulkan mereka di negara ini, adalah antara perkara utama yang dibincangkan
pada pertemuan antara Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang
dengan Pesuruhjaya Tinggi Nigeria ke Malaysia, Bello Shehu Ringim.
Mengulas pertemuan yang berlangsung
di pejabat Yang Dipertua Dewan Negara di bangunan Parlimen hari ini,, Abu Zahar
berkata dalam kunjungan selama sejam dengan Bello, beliau dimaklumkan bahawa
kerajaan Nigeria sentiasa memandang serius penipuan yang berlaku dan juga
masalah yang ditimbulkan rakyatnya, termasuk persepsi negatif terhadap
pelajar-pelajarnya.
"Duta berkata kerajaan Nigeria
sangat serius untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dan turut menjelaskan
antara faktor utama masalah sosial itu timbul kerana terdapat segelintir IPTS
yang gagal menyediakan jadual pembelajaran yang komprehensif.
"Kegagalan tersebut
mengakibatkan banyak masa terluang, akhirnya memberi ruang pelajar-pelajar
terlibat dalam masalah sosial," katanya.
Katanya beliau turut dimaklumkan,
ada segelintir IPTS negara ini yang menggunakan orang tengah di Nigeria bagi
memikat pelajar-pelajar ke Malaysia dengan pelbagai janji menarik, namun
apabila tiba, tidak semua yang dijanjikan tersedia.
P/S: sumber daripada
No comments:
Post a Comment