Saturday, 1 December 2012

Damai Abadi Peminta JOZAN

 Assalamualaikum. 
Pertama sekali Damai Abadi (DA) nak berkongsi cerita macam mana DA boleh minat dengan JOZAN nie. DA rasa mula-mula DA tengok ZIZAN semasa dia jadi pengacara melodi untuk TV3, selepas menggantikan WAHID & FAFAU. Sebelum ni DA dah tahu ZIZAN ni salah seorang dari peserta Raja Lawak musim 1 tapi DA belum pernah tengok aksi dia dalam kaca tv maklumlah DA takda astro kat rumah. DA hanya tengok cerita TV1,TV2 dan TV3 jer.. Itu pun dah berebut dengan adik-adik, kalau ada astro kat rumah tak tahu lah mungkin lagi ganas DA kerjakan adik-adik DA tu..hehhehe, yer lah mereka semua lelaki. Ok berbalik pada cerita pasal zizan takdi. sebelum ni DA hanya dengar aje cerita pasal Zizan nie.. Banyak lah cerita yang DA dengar ada yang negetif ada yang positif. DA tak kisah pun sehingga lah DA tengok MELODI, DA terus jatuh cinta dengan lawak ZIZAN. Sampai satu tahap DA sentiasa tertunggu-tunggu setiap hari ahad pukul 12.30 a.m.hehehe
Ok itu cerita pasal zizan sekarang DA nak cerita pasal JOHAN pulak. Mula-mula sekali DA tengok aksi JOHAN dalam cerita EDISI KHAS 2011. Memang kelakar lah si JOHAN tu. DA tengok sampai keluar air mata duk gelak kat dia. Selepas tu memang setiap malam selasa DA akan tunggu depan tv nak tengok gelagat si johan tu. Selepas itu, DA dengar-dengar cerita ada cerita best kat astro mengandingkan JOHAN dan ZIZAN iaitu MAHARAJA LAWAK. Tapi DA agak kecewa sikit sebab DA tahu adanya cerita tu selepas beberapa bulan kemudian. Kiranye DA ni terlepas lah, agak kuno DA nie. Orang semua dah tahu siapa juara MAHARAJA LAWAK tapi DA baru nak tengok aksi mereka di atas pentas. DA tak kesah JOZAN dapat nombor dua pun, DA tetap cari@download semua persembahan JOZAN dalam ML. Terima kasih kepada YOUTUBE.hehehe
Start dari situ DA google semua pasal JOHAN dan ZIZAN nie terutamanya PROFILE diorang. ye lah bila DA dah start suka kat seseorang tu DA cuba jugak cari maklumat dia. Macam-macam yang DA jumpa. Dari situ lah DA mula kenal siapa JOZAN. Baru DA tahu sungguh banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa mereka berdua tempoh sebelum mereka berjaya seperti sekarang nie.



 p/s:Kiranya DA ni masih baru lagi kenal JOZAN. walaupun begitu DA rasa DA dah lama kenal diorang. they always in my heart now....




No comments:

Post a Comment