Wednesday, 12 December 2012

Buang Bayi Lagi!!!

Assalamualaikum..
Kenapa ada perkataan lagi kt tajuk ari nie? sebab isu pembuangan bayi sudah lama berleluasa di negara kita. Jika kita tengok statistik pembuangan bayi di Malaysia semakin hari semakin meningkat. Pembuangan bayi biasanya dilakukan oleh wanita hasil perhubungan luar nikah yang telah dilakukan lantaran si ibu bukan saja tidak mengingini bayi itu sebaliknya tekanan diterima masyarakat berhubung status anak berkenaan. 

Pengarah Institusi Pemulihan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid), Ustaz Masridzi Sat, berkata kes berkenaan dikesan dilakukan di kalangan remaja yang terdesak akibat perhubungan bebas antara lelaki dan wanita dan tidak tahu ke mana arah untuk mengadu nasib. Katanya, perbuatan pembuangan bayi di lakukan sejak zaman Jahiliah lagi, tetapi apabila ia berlaku pada zaman ini, membuktikan penyakit sosial itu sesuatu yang serius dan perlu ditangani segera. Hari ini pembuangan bayi dilakukan mengikut dua cara iaitu sopan dan biadap. ‘Sopan’ apabila dilakukan menerusi pengguguran haram di klinik atau tempat tertentu ketika janin masih dalam kandungan dan diletakkan di masjid atau rumah orang, tetapi dalam kes pembuangan yang dikategorikan sebagai biadap pula apabila bayi berkenaan dibuang bagaikan sampah. “Dalam kes biadap tadi, bayi dijumpai selalunya mengalami kecacatan kerana ada tanda-tanda ia kesan pemakanan ibu yang ingin menggugurkan kandungan itu menerusi pengambilan arak dan sebagainya. Bagaimanapun pembunuhan yang tragis seperti memotong anggota tubuh, membakar dan sebagainya, besar kemungkinan di lakukan oleh ibu di bawah pengaruh dadah menjadikan tindakan diambil itu tidak waras,” katanya. 







Bayi lelaki ditemui dibuang
ALOR SETAR 14 Nov. – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui ditinggalkan di dalam sebuah beg di bawah sebatang pokok di belakang Klinik Kesihatan Alor Setar, di sini hari ini. Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai seorang wanita yang melalui kawasan tersebut pukul 12 tengah hari, sebelum menyerahkannya kepada Klinik Kesihatan Alor Setar di sini. Jururawat yang enggan dikenali berkata, ketika ditemui, si kecil tersebut dibalut dengan tuala. “Bayi itu telah diberi susu dan kami menghubungi polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Alor Setar di sini hari ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, siasatan polis percaya bayi itu yang berketurunan Melayu baru dilahirkan kira-kira empat jam lalu. “Bayi tersebut dalam keadaan sihat dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya sambil memberitahu, kes itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.








13/8/2011. Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.
Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. 
Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.









No comments:

Post a Comment