Siasatan kes dera kanak-kanak siap
Shah Alam: Kertas siasatan kes dera kanak-kanak lelaki berumur
tiga tahun oleh bapa tirinya yang tersebar di laman sosial Facebook
baru-baru, sudah siap dan akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa
Raya (DPP), Isnin ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kes
berkenaan selepas bapa tiri mangsa berusia 32 tahun ditahan di rumahnya
di Taman Mas, Kapar, Klang.
Kes penderaan itu menjadi perbualan hangat apabila klip video lapan minit dan 33 saat itu yang merakamkan tindakan lelaki itu menampar, membaling serta menyepak kanak-kanak berkenaan yang menangis teresak-esak dimuatkan ke laman Facebook sejak Selasa lalu.
Kelmarin, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Rusdi Md Isa berkata, polis merekod kenyataan empat individu, iaitu ibu tiri dan ibu kandung mangsa, jiran serta doktor bagi membantu siasatan berkenaan.
sumber: Berita Harian
No comments:
Post a Comment