Assalamualaikum.
hahaha, Happy New Year! Disebabkan hari ni ari pertama dalam tahun 2013 ni, aku taknak ketinggalan mengabadikan tarikh ni taw. Kira sebagai memperingati tarikh ni, aku pun buat la entry yg tak seberapa ni.huhu. Saje jer ni.(pandai la aku buat alasan padahal aku tak boleh tidow)
Ok, hari ni aku nak berkongsi sikit pandangan aku tentang isu kahwin di usia muda. Sebenarnya aku tiba-tiba terfikir nak buat entry pasal kahwin muda ni sebab tengahari takdi aku terpandang kat pasangan pengantin baru kat kawasan kampus. memang aku tak boleh lupa la.. First impression aku bila tengok pasangan tersebut, wau bahagianya. senyuman memang langsung tak lekang dari bibir kedua2 mempelai tu.
Pada aku, pasangan tersebut telah membuat keputusan yg amat besar dalam hidup mereka. ya lah mereka kahwin di usia yg muda dan mereka juga masih lagi belajar. ibarat satu pertaruhan dalam hidup mereka. sama ada mereka berjaya mengalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar di samping tanggungjawab sebagai suami&isteri.
Kalau kita teliti satu2, tanggungjawab sebagai seorang pelajar kita mula galas sejak dari kecil lagi. bila kali pertama kita daftar masuk ke sekolah dari situ sudah tergalas beban di bahu kita. (bukan bermaksud aku mengkritik keadaan tersebut yer). Tapi maksud aku kat sini, dari kecil kita dah terbiasa mengalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar. bab kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih (apa kene mengenal pepatah tersebut?). Biar aku kupas yer. Pepatah itu menyatakan dalam membuat sesuatu hal kita mesti berusaha untuk mendapatkan sesuatu. so, dalam hal ini bila kita bergelar seorang pelajar, memang dah macam2 cara kita lakukan untuk berjaya. bila dah selalu berusaha ini dengan sendirinya tanpa kita sedar kita sebenarnya sudah pun menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
Sama juga bila dah bergelar suami@isteri ni. Aku tidak nafikan mula2 memang kita akan janggal bila menempuh alam rumah tangga ini. Di sini kita akan mula melihat peranan kedua2 belah pihak. Itu perkara biasalah tapi yg aku nak fokuskan sekarang ni adalah pabila bergelar suami@isteri pada masa tengah study ni. Secara peribadi aku lihat situasi ini sebenarnya, normal la pada zaman sekarang ni.
Kebaikan yg terbesar yg aku dengar bila kahwin awal ni ialah dapat mengelakkan daripada maksiat. Ada org kata, ini alasan paling klise bila nak pujuk mak ayah masuk minang girlfriend mereka.. hahaha. Walaupun kita dah sering dengar alasan ini namun bila difikir secara logiknya. Alasan ini 100% dapat di terima akal yg waras ini. (hahaha, waras ke?). Di sini aku puji bila pasangan tersebut memandang berat tentang hal maksiat ni. Baguskan mereka ni? memang tak boleh dinafikan la, kahwin awal ni dapat mencegah dari perbuatan maksiat. Tapi andai kita tahu batas2 kita sebagai org yg bukan muhrim kpd pasangan & sentiasa menjaga batas tersebut ia tidak memberi kesan negatif kepada kita.
Satu lagi kebaikan yg aku rase betul bila cikgu aku cakap dulu2 ialah kita dapat membesarkan anak2 di usia yang masih muda. Dulu cikgu sekolah menengah aku selalu jer cakap untung kalau kahwin awal ni. Cikgu aku tu berpendapat demikian disebabkan pengalaman beliau taw. Beliau mendirikan rumah tangga ketika masih menuntut sebagai seorang mahasiswa di salah sebuah universiti di malaysia ini.(aku lupa plak universiti mana. rase2nya UM kot?). Bila di tanya tentang situasi tersebut beliau berkata yg beliau tidak pernah menyesal mengambil tindakan berkahwin awal. Malah, beliau bersyukur kerana tergerak hati untuk mendirikan masjid di usia muda. Bagus betul cikgu aku ni.hehehe
Cik DA : setakat ini dlu aku bercoloteh. nnt aku sambung balik yer.. ada byk lagi aku nk kupas ni..huhu
No comments:
Post a Comment