Monday, 31 December 2012

Kebaikan n keburukan couple semasa belajar


          Apa yang istimewa sangat couple ni?? Ok aku jawab la ye. Bagi aku bila ada couple ni ada kebaikan nya dan ada gak keburukan nya. Tapi klu aku timbang guna penimbang yang org timbang sayur kat pasar tu, rasanya lagi berat kat keburukan kot.. itu klu ikut penimbang aku, klu org lain aku tak taw. Mungkin sebaliknya kan? Kita ikut penerimaan masing2 la yer. 


Hidup sendri @ tak couple ni boring sebenarnya. Klu mcm aku yg single mingle ni (cewahh, single ke? huhuhu) aku selalu jer dihimpit oleh rasa kesunyian. Kadang2 ble tgk kapel2 yg lalu lalang dpn mata sambil tersenyum@ lebih kepada tersengih ni, terbit jgk rasa cemburu tu. Alangkah bahgianya diorang tu. Tambah lagi sweet ble slalu jer aku tgk pasangan yg sama berdating kt kawasan kampus ni. Ye la, ble couple dengan org yg dekat ni selalu je la bersama. Makan bersama, p kelas bersama, balik kelas bersama, petang2 jalan2 bersama (kat tepi tasik tu) pendek & panjang kata semuanya bersama lah. Sweet sgt kan (tgn ke bahu mata ke atas).  


Eh, diorg ni x boring ke asyik berkepit aje. Aku yang nengok ni dah naik muak dah. Apa taknya aku tgk yang si lelaki tu mcm dah xde kawan2 yang lain. Boleh dikatakan 24 jam bersama awek dia tu ( ok la mmg la x smpai 24 jam, saja aku nk bg nmpk lama tu.hihihi ). Kadang2 tu tertanya jgak aku , dia ni x de kawan lain ke? Takkan la kehidupan dia hanya berkisar pada girlfriend dia aje. Biasanya aku tengok lelaki2 lain akan abiskan masa lapang diorg ngan kawan lelaki. Contoh ble petang2 diorg akan menghabiskan masa dengan bermain bola sepak kat padang. 

Bayi mangsa BAPAK AYAM

Assalamualaikum.
Hari ini hari terakhir bagi tahun 2012. Rata-rata, kawan2 aku tengah sibuk membuat persediaan untuk menyambut tahun baru. Tak tahu plak macam mana sambutan yg di buat & apa pengisian mereka. Aku tak kisah pun, harap2 diorang tak buat benda2 yang di larang. Insha Allah, aku yakin diorg dapat bezakan antara yg baik dan buruk.

Ok, bagi penghujung tahun 2012 ni aku sebenarnya malas nak update blog ni tapi memandangkan ada isu terbaru timbul dalam surat khabar hari ni ( ok sebenarnya bkn baru sgt pun isu ni dh mmg ada pun sebelum ni), aku terpaksa berkongsi la. Sebenarnya, aku amat sensitif dengan jenayah yg melibatkan kanak2@ bayi ni. Bagi aku kanak2@bayi adalah insan yg paling suci. Sesungguhnya, mereka masih mentah dan tak tahu onak duri dunia kita ni. Pada aku org yg melakukan jenayah terhadap kanak2@ bayi ini, tidak seharusnya terlepas begitu saja. Hukuman yg setimpal harus dikenakan kepada mereka agar mereka insaf dan serik untuk membuli kanak2. Muka depan harian metro hari ini mengenai penderaan bayi berumur setahun terhadap BAPAK AYAM. Aku capital latter kan suspek itu sebab aku sgt geram. Klu ada depan mata aku skrang ni tak tahu la macam mana aku buat.

Menurut berita yang aku baca BAPAK AYAM itu memukul bayi perempuan tersebut menggunakan penyangkut baju selain memijak mangsa. Mak ai melampaunya. Sebenarnya BAPAK AYAM tersebut memukul bayi yg tidak bersalah itu kerana berang dengan ibu mangsa yang tidak mahu melacurkan dirinya. Yang paling aku sedihkan ialah bayi tersebut patah tangan dan terdapat kesan birat di tubuh mangsa. Untuk mengetahui berita tersebut klik kat sini.

 

Cik DA: terlebih emosi plak.huhuhu

Sunday, 30 December 2012

Aku dan Diary


Diary (betul ke tak aku eja tu?) benda peribadi yg paling disayangi oleh seseorg khususnya golongan wanita la kan. Dalam diari (aku rase eja camni yg betul) semua hal peribadi kite coretkan. Sebab itulah org anggap diari sebagai satu rahsia dan terlalu private n confidential. Andai kata ada org yg menceroboh baca diari kite, mungkin jgk satu penumbuk @ cubitan singgah kat muka dia. Private la katekan. Ya la sebab dengan membaca diari kita, seseorg itu dapat mengenali diri kita yang sebenarnya.

Secara puratanya golongan wanita@perempuan lebih cenderung menulis diari berbanding golongan lelaki. Pada pendapat aku keadaan ini kerana wanita lebih gemar meluahkan ape yg di rase tentang sesuatu perkara. Dan wanita juga suka mengabadikan perasaan mereka tanpa pengetahuan org yg terlibat. Salah satu cara adalah dengan menulis segala luahan rase.

Tapi berbeza dengan diri aku ni. Sepanjang aku hidup selama 21 tahun ni, aku tidak mempunyai diari yang menceritakan secara terperinci tentang hidup aku. Aku tak tahu knape mungkin sebab aku tak tahu nak meluahkan rase seperti orang lain. Kadang-kadang aku cuba jgk tapi tak berjaya.

Seingat aku, masa muda2 dlu..hahaha mcm la skrang ni aku dah tua kn? Maksud aku zaman remaja dulu aku pernah cuba menulis diari. Aku ingat mase tu, kakak aku bagi hadiah hari lahir aku sebuah diari. So, aku pun berjinak-jinak la menulis diari ( kononnye la kan ). Tapi aku masih tak berjaya. Ya la, mcm mane nak berjaya dalam jangka masa 3@4 bulan hanya satu helaian je yg aku tulis. Itu pun entah ape2 entah, aku pun tak tahu..huhuhu. Bayangkanlah diari tu masih ada dengan aku. Yang masih ada tu memang la bagus bunyinye tapi sampai skrang tak abis2 aku tulis.. hahaha. Dah masuk 10 tahun kot!!! Helaian diari tu masih ada lagi yang tak terusik. Huhuhu, kadang2 aku tertanya2 sampai ble nak abis diari ni. Ini dah tak jadi diari la.

So, aku ambik langkah drastik dengan tidak terus bermimpi untuk mempunyai diari!

Cik DA: Aku suka baca diari org sebenarnya..hahaha





Saturday, 29 December 2012

Kebaikan Seekor Nyamuk

Assalamualaikum.
ok, hari ni aku nak berkongsi info tentang binatang yang amat aku benci ni (jahat betul aku ni). Aku memang anti dengan nyamuk sebenarnya. Tapi selepas aku selidik, nyamuk pun membawa kebaikan jgak kat manusia ni. Selama ni aku ingat nyamuk hanya seekor binatang parasit jer.

Tahukah kite bahawa nyamuk ni menjadi makanan kepada ikan-ikan kecil? ok la memang la bukan nyamuk tapi lebih kepada larva. Ikan-ikan kecil macam ikan pelaga, memerlukan larva untuk meneruskan hidupnya. So, di sini kita boleh lihat peranan nyamuk itu sendiri. Andai kata nyamuk pupus, maka ikan-ikan kecil juga akan turut pupus. Takkan lah kita dah lupa matapelajaran sains yang kite belajar masa darjah enam dulu2? Rantaian makanan.

Selain tu, nyamuk juga  sebenarnya boleh menjana pendapatan kite. Cuba bayangkan, klu nyamuk xde. Dah tentunya pak cik2 yang duk jual ubat nyamuk tu rugi kan? sape yang nak beli klu nyamuk xde. Sekarang ni dah macam2 jenis jenama ubat nyamuk wujud. Klu nyamuk dah xde, alamaknya tutup la kilang2 yang memproses ubat nyamuk tu. 

Dan sekarang tahulah aku rupa2nya nyamuk ni pun ada kebaikan jugak. tak semestinya dia hidup hanya untuk memberikan keburukan pada kite.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui setiap ciptaanNya.

Cik DA : adik2 aku suka cari ikan pelaga kat dalam bendang sawah padi. tapi aku tengok diorg bagi mkn cacing kt ikan tu.huhuhu

Friday, 28 December 2012

Perubahan Blog DA

Assalamualaikum dan selamat malam..hehehe
Ok, dalam hidup kite, jangan cuba berubah untuk orang lain. Perubahan itu perlu bila ianya memberi kebaikkan kepada semua pihak..hahaha. Macam DA jugak. Sebenarnya DA rasa seperti DA telah menjadi diri orang lain bila membuat gaya penulisan seperti ini. Maafkan DA.. DA budak baru belajar. Mulai hari ni DA akan tukar gaya penulisan dalam blog ni agar DA dapat rasa lebih dekat dengan blog ni. Sejujurnya DA kelu untuk berbicara bila menggunakan penulisan seperti ini. DA rasa selepas ni DA nak gunakan bahasa standard remaja zaman sekarang lah. Memang kalau ikutkan DA minat dan suka berlagak seperti pembaca berita@ wartawan. Tapi itu semua hanya minat jer..huhuhu DA takde bakat pun dalam bidang tersebut.
So, selepas ni jangan pelik bila tengok gaya bahasa dan penulisan DA berbeza dari sebelumnya..hehehe

Thursday, 27 December 2012

Pantai Timur Banjir???

Assalamualaikum..
Rasanya dah hangat berita tentang banjir.. setahu DA Pantai Timur khususnya dilanda banjir yang teruk sekarang. ermm, macam mana la keluarga DA sekarang ni. risau betul.. harap2 mereka berada dalam keadaan baik. Amin..
Dibawah artikel tentang banjir yang melanda Pantai Timur Malaysia. Gambar dari mymetro dan mynewshub.


gambar-gambar di atas menunjukkan bandar Kuantan yang di landa banjir.

untuk matlumat lanjut boleh baca di sini. http://mynewshub.my/2012/12/24/bandar-kuantan-dilanda-banjir-kilat/

Muka depan metro hari ni menunjukkan Kemaman yang dilanda banjir yang teruk..

anda juga boleh baca di sini. http://www.hmetro.com.my/articles/Agihtilam_bantal/Article

sekian untuk info hari ini. Diharapkan semua mangsa sabar dan tabah menghadapi ujian ini dan sama-samalah kita berdoa agar semuanya pulih seperti biasa. Amin.


Alhamdulillah syukur.. banjir beransur pulih di Pantai Timur. baca di sni. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BanjirberansurpulihdiPahang_KelantandanTerengganu/Article/index_html














Monday, 24 December 2012

Cinta Halal


Assalamualaikum..
Hari ni DA saja nak berkongsi cerita best yang di tayangkan di tv3 bersempena Awal Muharram pada hari khamis 15 November 2012 pukul 4 petang. Tapi DA tengok cerita ni dalam youtube jer almaklumlah kat tempat tinggal DA ni takde tv.. Cerita ni bagus khususnya bagi anak muda yang menempuh alam percintaan ni. Memang patut tengok cerita ni. Banyak pengajaran yang dapat di ambil.




Berkisar seorang gadis, Ismi yang berjiwa rocker terpaksa mengubah penampilannya apabila dia bekerja di sebuah syarikat dimiliki usahawan warak. Ismi (Nur Fathia) juga mula jatuh cinta terhadap pengurusnya, Syed Mukhriz (Fahrin Ahmad).
Malangnya, ketuanya langsung tidak memandang pekerja bawahan sepertinya.
Apakah usaha yang dilakukan Ismi untuk membuatkan Syed Mukhriz
menerimanya?

Sekiranya ada yang terlepas untuk menonton Cinta Halal ni anda boleh tonton kat youtube atau download je kat sini http://jieazzmovie.net/mkvrmvb/cinta-halal-sdtv-mkv-sifu-ijoy/









Sunday, 23 December 2012

Posisi Tidur yang Betul

Assalamualaikum..
Sebelum apa-apa mari kita renung sejenak, macam mana cara kita tidur sehari-hari. Setahu DA macam-macam gaya orang tidur dalam dunia ni. Ada yang tidur sambil letak tangan kat dahi, ada yang tidur meniarap dan macam-macam lagi la. Sebenarnya di sini DA nak berkongsikan cara atau posisi tidur yang betul dan mengikut Sunnah Nabi.





Posisi yang betul ialah dengan membiasakan diri kita tidur di atas bahagian tubuh sebelah kanan ketika mula-mula tidur. Ini adalah sunnah Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda yang bermaksud, “…Kemudian berbaringlah di atas bahagian tubuh sebelah kanan.”
Elakkan daripada tidur meniarap. Keadaan meniarap yang menekan perut ini akan menyebabkan paru-paru kita tersekat semasa bernafas. Rasulullah SAW pernah menegaskan, mafhum sabda baginda: ”Sesungguhnya cara tidur seperti ini tidak disukai Allah.” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Ibn Hibban dan al-Baihaqi).
Tidur di atas bahagian tubuh sebelah kiri boleh menghimpit kedudukan jantung sehingga peredaran darah terganggu. Keadaan ini boleh mengurangkan aliran darah ke otak. Apabila berterusan ia akan membahayakan kesihatan untuk jangka waktu yang panjang.




Wednesday, 19 December 2012

gambar Luahan hati



DA saje jer nak berkongsi luahan hati DA ni.

Peluru tembus kening kiri

Tersentap seketika DA apabila membaca berita hari ini. Begitu senang sekali orang zaman sekarang ini melakukan pembunuhan. DA terbayang seolak-olak mereka melakukan aktiviti memburu binatang saja. Mungkin agak kasar telahan DA ini tetapi cuba kita fikirkan. Suspek mengejar mangsa menggunakan motosikal dan sehinggalah mereka menghampirinya lalu menembak mengenai kepala mangsa. Tindakan suspek seolak-olak mereka tidak takut akan undang-undang negara ini. Disini DA juga tertanya-tanya adakah semudah itu rakyat kita memperoleh pistol. Nyata sekali suspek telah merancang pembunuhan tersebut. Selain membunuh suspek juga boleh di hukum akibat memiliki senjata api.
Dibawah DA selitkan petikan dari METRO online.

KOTA BHARU: Seorang lelaki warga Bangladesh maut dalam keadaan mengerikan selepas dua das tembakan yang dilepaskan penyerangnya mengenai belakang kepalanya sehingga menembusi kening sebelah kiri dalam kejadian di Lorong Tok Gading dekat Jalan Bayam, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.40 malam itu, Md Shah Jalal, 31, yang bekerja di kedai pendingin hawa dan aksesori kenderaan dalam perjalanan membeli makanan kira-kira 100 meter dari tempat kerjanya dengan menunggang motosikal apabila dia dipercayai ditembak dari jarak dekat oleh seorang daripada dua penyerang yang menunggang motosikal Honda EX-5 berwarna merah.

Tembakan itu menyebabkan mangsa yang dipercayai tidak memakai topi keledar, gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke arah tiang elektrik di tepi jalan sebelum meninggal dunia.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pemeriksaan mendapati kesan luka pada kepala mangsa akibat terkena tembakan jarak dekat.

Katanya, mangsa dipercayai tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal kerana topi keledarnya ditemui dalam raga motosikal.

“Menurut saksi yang tinggal berhampiran, mereka terdengar dua das tembakan dan ada saksi melihat motosikal Honda EX-5 berwarna merah dinaiki dua orang meninggalkan tempat kejadian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, malam kelmarin.
Menurutnya, motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Buat masa ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut termasuk menyemak data dalam telefon bimbit mangsa.
“Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat,” katanya.

Mazlan berkata, mangsa bekerja dengan majikan berketurunan Siam sejak dua tahun lalu dan tinggal di tempat kerjanya.

“Mangsa tiada keluarga di negeri ini, namun mempunyai seorang rakan senegara, tetapi sudah dua minggu tidak berjumpa,” katanya.
                                                                                          Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19



Friday, 14 December 2012

Pelajar IPT boleh tanding PRU-13

Tak tahu sama ada berita ini gembira atau tidak. Namun DA yakin pasti ada sebab kukuh kerajaan membenarkan pelajar IPT bertanding dalam PRU-13 ini. Setakat yang DA tahu memang rata-rata pelajar IPT mempunyai sifat atau ciri-ciri sebagai seorang pemimpin yang berkaliber. DA pasti selepas ini, para pelajar yang sebelum ini berminat dalam bidang politik ini dapat mengembangkan pengetahuan yang sedia ada ke arah yang betul. Bukan hanya tahu bercakap sahaja.

Pelajar IPT boleh tanding PRU-13

Putrajaya: Kerajaan membenarkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kebenaran itu tanda kerajaan mengiktiraf fungsi dan sumbangan serta kematangan daya pemikiran mahasiswa di negara ini sekarang.

“Pindaan ini menunjukkan kepercayaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap kemampuan dan keupayaan mahasiswa berfikir, bertanggungjawab serta membuat keputusan dengan matang demi menentukan masa depan mereka.

“Kerajaan tidak pernah menutup minda mahasiswa, sebaliknya sentiasa memberi peluang untuk membuat penilaian dan pertimbangan.

“Justeru, kerajaan sedia membenarkan pemimpin pelajar yang memenangi pilihan raya kampus baru-baru ini menjadi calon mana-mana parti politik pada PRU-13 jika mereka mahu berbuat demikian,” katanya ketika perasmian Program Persijilan 1CITIZEN dan Konvensyen Pemimpin Pelajar 2012, di sini malam tadi.

Bagaimanapun, Mohamed Khaled berkata ia tidak akan mengganggu keharmonian kampus sebagai entiti bebas politik kepartian dan kekal berkecuali.
Berikutan itu, Khaled berkata adalah menjadi tanggungjawab mahasiswa untuk mempertahankan keharmonian kampus daripada pengaruh politik partisan.

“Persekitaran kampus yang berkecuali perlu dipelihara untuk melahirkan mahasiswa yang dapat memperluaskan dan meneroka daya pemikiran kritikal, membina minda dan keupayaan intelektual mereka sendiri, sekali gus menerapkan budaya kesarjanaan di kalangan mereka,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada mereka perlu berhenti belajar, beliau berkata pelajar yang bertanding dan menang boleh meneruskan pengajian tetapi tidak dibenarkan berpolitik atau berkempen di dalam kampus. 
                                                                                                                 sumber: Berita Harian

Siasatan kes dera kanak-kanak siap

Mungkin berita ini boleh melegakan masyarakat setempat apabila kes penderaan kanak-kanak yang hangat diperkatakan sudah selesai.

Siasatan kes dera kanak-kanak siap

Shah Alam: Kertas siasatan kes dera kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun oleh bapa tirinya yang tersebar di laman sosial Facebook baru-baru, sudah siap dan akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Isnin ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang, Superintendan Jani Ahmad, berkata kertas siasatan itu akan diserahkan bagi mendapatkan nasihat dan keputusan daripada DPP bagi menentukan tindakan susulan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kes berkenaan selepas bapa tiri mangsa berusia 32 tahun ditahan di rumahnya di Taman Mas, Kapar, Klang.
Jani berkata, mangsa dera itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kes penderaan itu menjadi perbualan hangat apabila klip video lapan minit dan 33 saat itu yang merakamkan tindakan lelaki itu menampar, membaling serta menyepak kanak-kanak berkenaan yang menangis teresak-esak dimuatkan ke laman Facebook sejak Selasa lalu.
Kelmarin, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Rusdi Md Isa berkata, polis merekod kenyataan empat individu, iaitu ibu tiri dan ibu kandung mangsa, jiran serta doktor bagi membantu siasatan berkenaan. 

                                                                                                                      sumber: Berita Harian




Gambar sepanjang piala AFF 2012

DA saja nak berkongsi gambar pemain HARIMAU MALAYA sepanjang Piala Suzuki AFF 2012..



 














Kes Penderaan Kanak-kanak 3 tahun.

Masih ada lagikah sifat-sifat kemanusiaan lelaki yang mendera kanak -kanak ini? DA tertanya-tanya sama ada lelaki tersebut sedar atau tidak tentang perbuatannya itu. Kemanakah perginya nilai kemanusiaan dalam dirinya. Sedangkan binatang sayang akan anak mereka masakan kita manusia tidak menyayangi anak-anak sendiri. Sekiranya kanak-kanak tersebut melakukan kesalahan sekali pun, selaku ibu bapa perlulah memberi tunjuk ajar yang betul. Tidak semua jenis pengajaran melibatkan penggunaan kekerasan. Sayunya hati pabila melihat kanak-kanak tersebut menangis apatah lagi mendengar esakan kecil darinya. Mungkin saat itu dia sendiri tertanya-tanya apa kesalahan yang telah dilakukan sehingga demikian rupa hukuman yang di terima.
Dibawah ini DA sertakan artikel yang di petik dari Berita Harian dan Metro.



MEKANIK KEJAM DERA ANAK TIRI
                                                       December 13th, 2012

KLANG – Perbuatan kebinatangan seorang mekanik yang mendera anak tiri lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas kasihan memakan diri apabila dia diberkas selepas aksi kejamnya itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook.
Suspek berusia 32 tahun tersebut diberkas pada pukul 8 malam kelmarin di rumahnya di Taman Mas, Kapar di sini iaitu tempat di mana kejadian dera itu berlaku. Dia diberkas apabila polis menerima laporan jirannya sejam selepas dia melihat rakaman tersebut.
Difahamkan, ketika serbuan, suspek berada di dalam rumah itu bersama mangsa tetapi isterinya telah melarikan diri.



Kertas siasatan kes dera kanak-kanak akan diserah kepada pendakwa Isnin ini
2012/12/14

SHAH ALAM: Kertas siasatan kes dera kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun oleh bapa tirinya yang tersebar di laman sosial Facebook baru-baru, sudah siap dan akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakawa Raya (DPP), Isnin ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang, Superintendan Jani Ahmad berkata, kertas siasatan itu akan diserahkan bagi mendapatkan nasihat dan keputusan daripada timbalan pendakwa raya bagi menentukan tindakan susulan.
Beliau berkata demikian kepada Bernama hari ini ketika diminta mengulas perkembangan kes berkenaan selepas bapa tiri mangsa berusia 32 tahun ditahan di rumahnya di Taman Mas, Kapar, Klang.
Jani berkata mangsa didera itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kes penderaan itu menjadi perbualan hangat apabila klip video lapan minit dan 33 saat itu yang merakamkan tindakan lelaki itu menampar, membaling serta menyepak kanak-kanak berkenaan yang menangis teresak-esak dimuatkan ke laman Facebook sejak Selasa lepas.
Semalam, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Rusdi Md Isa berkata polis telah merekod kenyataan empat individu, iaitu ibu tiri dan ibu kandung mangsa, jiran serta doktor bagi membantu siasatan terbabit. – BERNAMA



Ibu tiri disiasat

SHAH ALAM: Polis sudah mengambil keterangan daripada empat individu berhubung kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang didera bapanya di kediaman mereka di Kapar, Klang, yang rakaman videonya tersebar luas menerusi facebook (fb).
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Selangor, Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, empat individu terbabit ialah ibu mangsa, ibu tiri mangsa, doktor dan jiran.
Beliau berkata, ibu tiri mangsa berusia 20 tahun yang juga individu yang merakam perbuatan suaminya mendera mangsa ditahan di kediamannya di Taman Meru Indah, Klang, kira-kira jam 10 malam kelmarin, namun dibebaskan selepas keterangannya diambil. Katanya, polis sedang mengesan dan menyiasat individu yang memuat naik rakaman itu ke dalam fb.
Beliau berkata, bapa mangsa berusia 32 tahun yang juga seorang mekanik direman hingga esok untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya. Difahamkan, mangsa adalah anak melalui perkahwinan kedua suspek, namun perkahwinan berkenaan tidak didaftarkan.
Sementara itu, kanak-kanak terbabit kini ditempatkan di wad pengasingan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, sejak kelmarin dan keadaannya dilaporkan stabil.
Pegawai Perhubungan Awam HTAR, N M Akmar Irdawaty Zulkifli berkata, mangsa kini ditempatkan di wad pengasingan bahagian wad kanak-kanak dan sedang dalam pemerhatian serta penilaian kesihatan pihak hospital.
Katanya, mangsa kini dalam jagaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis sementara laporan kesihatan mengenainya siap dan akan dihantar ke JKM bagi jagaan.
“Kami tidak dapat membuat kenyataan selanjutnya kerana laporan kesihatan mengenainya masih belum siap selain kes ini di bawah pemerhatian polis dan JKM,” katanya.
Muka depan Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki memukul, menumbuk dan menendang serta menampar seorang kanak-kanak lelaki yang rakaman videonya tersebar luas menerusi fb.
Kejadian di rumah mereka di Taman Mas, Kapar, di sini, dipercayai berlaku kira-kira dua bulan lalu sebelum dirakam dan dimuat naik ke fb.. Mangsa turut diangkat sebelum dilempar ke atas lantai. Suspek juga tidak mengendahkan mangsa yang menangis kesakitan dan ketakutan, sebaliknya terus membelasahnya tanpa belas kasihan termasuk menggunakan senduk dan selipar.
Mangsa yang menangis tanpa henti ada ketikanya dipaksa berlutut dan mengangkat kedua-dua tangan. Turut berada dalam rakaman itu ialah dua lagi kanak-kanak lelaki dipercayai keluarga mangsa, namun mereka tidak diapa-apakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/14