Risau kat Adik.
Bulan Disember ni banyak plak kejadian baru yang berlaku dalam hidup aku. salah satu nye, adik aku yg no 2 tu dah merantau kat KL skrang ni. Ble abis je exam STPM, terus je dia wat keputusan nak merantau ke KL untuk mencari kerja. ya la, biasa la budak2 zaman skrang ni.. tak taw nak duduk diam kat rumah. ada je benda yg nak dibuatnye..hehehe (dah mcm org tua plak aku ckp mcm ni).
yang tu aku tak kesah. yang aku kesah skrang ni macam mana la dia duduk kat bandar metropolitan tu. risaunye. terlampau banyak cabaran dan dugaan kat sana tu. dia dah la x pernah keluar dari kg. skrang ni nak hidup kat bandar org plak.. adus, risaunye aku. aku yang kakak dia ni pun risau macam ni. mak dan ayah aku kat kg tu mesti lagi risau. Ya Allah, beri la perlindungan kepada adik aku yang sedang jauh dari keluarga tu.
Aku taw, dia pasti akan ada masalah kewangan ble keluar dari kg. sebab tu aku selalu mesej dia. ckap kat dia klu ada apa2 masalah bagitaw kat aku ni, jgn diam jer. dia jauh dari mata. aku tak kan dapat nak lihat setiap perkara yang dia buat. malam takdi, dia call cakap nak pinjam duit. gaji dia x dapat ag. ya la mana nak dapat, kerja baru 8 hari bukanye 8 minggu..huhuhu
Takpe, selagi aku boleh tolong, aku tolong.. demi kasih dan sayang seorang kakak kepada adiknye. ble dia bagi taw aku masalah dia pun aku dah rasa lega. sekurang2nye, dia sudi berkongsi masalah dia kat aku. sebab personality adik aku sorang ni pendiam dan perasia ckit.
Cik Da : Sayang adik aku ketat2. rindu kat dia sgt.
No comments:
Post a Comment