Saturday, 28 December 2013

Risau kat Adik.

Bulan Disember ni banyak plak kejadian baru yang berlaku dalam hidup aku. salah satu nye, adik aku yg no 2 tu dah merantau kat KL skrang ni. Ble abis je exam STPM, terus je dia wat keputusan nak merantau ke KL untuk mencari kerja. ya la, biasa la budak2 zaman skrang ni.. tak taw nak duduk diam kat rumah. ada je benda yg nak dibuatnye..hehehe (dah mcm org tua plak aku ckp mcm ni)

yang tu aku tak kesah. yang aku kesah skrang ni macam mana la dia duduk kat bandar metropolitan tu. risaunye. terlampau banyak cabaran dan dugaan kat sana tu. dia dah la x pernah keluar dari kg. skrang ni nak hidup kat bandar org plak.. adus, risaunye aku. aku yang kakak dia ni pun risau macam ni. mak dan ayah aku kat kg tu mesti lagi risau. Ya Allah, beri la perlindungan kepada adik aku yang sedang jauh dari keluarga tu. 

Aku taw, dia pasti akan ada masalah kewangan ble keluar dari kg. sebab tu aku selalu mesej dia. ckap kat dia klu ada apa2 masalah bagitaw kat aku ni, jgn diam jer. dia jauh dari mata. aku tak kan dapat nak lihat setiap perkara yang dia buat. malam takdi, dia call cakap nak pinjam duit. gaji dia x dapat ag. ya la mana nak dapat, kerja baru 8 hari bukanye 8 minggu..huhuhu

Takpe, selagi aku boleh tolong, aku tolong.. demi kasih dan sayang seorang kakak kepada adiknye. ble dia bagi taw aku masalah dia pun aku dah rasa lega. sekurang2nye, dia sudi berkongsi masalah dia kat aku. sebab personality adik aku sorang ni pendiam dan perasia ckit.

Cik Da : Sayang adik aku ketat2. rindu kat dia sgt.

Thursday, 26 December 2013

Minggu Exam..

Assalamualaikum..
Pejam celik, pejam celik dah masuk minggu exam.. tapi aku masih tak sedar diri..huhu tahap kemalasan dalam diri aku masih lagi tebal. orang lain mungkin sekarang ni sedang bertungkus lumus study. tapi aku tetap jugak macam ni. aduhai, Cik Da oii, bila nak start study ni? ermmmmmm..
dalam aku duk bermalas2 ni, ada jgk kawan aku yang minta aku bagi motivasi kat dia. kalau teringat balik rasa nak ketawa je. dah macam pakar motivasi pulak aku ni bagi nasihat bagai kat dia.
 " ingat target kita semester ni nak tingkatkan CGPA kita. kalau kita malas nak study ingat dapat tingkatkan CGPA ke?".. 
so, aku pun pusing semula nasihat yang aku bagi kat kawan aku tu, aku bagi kat diri aku yang pemalas ni.. Cik, Da kalau nak berjaya, kena berusaha.. kejayaan tak akan datang dengan sendiri taw.

Cik Da : berdebarnye rasa nak jawab exam ni..huhuhu

Sunday, 8 December 2013

belajar bahasa korean

Aku suka tengok korean's variety show. bila lama2 aku tengok, aku terus jatuh cinta dengan bahasa korea ni. tapi terus terang aku cakap susah jugak nak belajar bahasa korea ni.huhuhu
Setakat ni aku dah boleh tulis hangeul tapi aku masih x paham maksud setiap perkataan tu. Sekarang motivasi aku kuat plak nak menguasi bahasa korea ni. Tambah2 lagi klu tengok cerita korea yang xde subtitle tu.

Cik Da : harap2 balik kg nnt dapat cakap korea la aku..hehehehe