Monday, 17 March 2014

Korean best voices!


ni antara penyanyi kpop yang mempunyai suara yang merdu dan aku suka dengar.




yoseob Beast

Ni vokal utama kumpulan Beast. kalau tak silap aku Beast mempunyai 6 orang ahli. Boleh dikatakan kesemua ahli Beast hensem dan cute tapi aku tak berapa kenal sangat.hehehe. yang aku tahu suara Yoseob ni merdu tambah2 klu dengar lagu yang bertajuk "YOU".



G.O Mblaq

Mblaq pulak mempunyai 5 orang ahli. Mblaq ni anak buah penyanyi tersohor iaitu Rain. suara G.O ni memang best. Lagu yang best ialah 'Y'.



Taeyang Bigbang

 Sape yang tak kenal bigbang. bigbang ni satu nama besar di korean. bigbang ada 5 orang ahli. klu kumpulan bigbang bukan Taeyang sorang mempunyai suara yang best, Daesung pun best gak suara dia. antara lagu yang mempamerkan kemerduan suara Taeyang ialah 'Tell me goodbye' dan 'lolipop'.



Yesung Super Junior

 Dalam ramai2 ahli kumpulan Super Junior, aku paling suka dengar suara Yesung. terpukau betul. Lagu yang bertajuk 'It's has to be you' berjaya membuatkan aku jatuh cinta dengan Yesung ni.



Lee Junho 2PM

Kumpulan yang paling aku minat ialah 2PM! walaupun JunK merupakan main vocalis mereka tapi aku lebih suka dengar suara Junho ni. kalau dengar lagu 'I CAN'T' memang aku amati betul2 part Junho ni, suara dia best giler.




Yonghwa CNBlue

C N to the Blue to the sky... hehehe kesemua lagu CNBLUE best sebab penyanyi utama dia seorang ni jer. walaupun ada ahli yang lain turut menyanyi sama tapi tetap tidak dapat melawan kemerduan suara Yonghwa ni. 'I Am A LONER' lagu yang paling kerap aku dengar.

Cik Da: Suka dengar lagu korea bila boring. 

Thursday, 13 March 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah.. syukur Ya Allah. baru je beberapa minit aku luah kat blog ni tentang masalah.. sekarang satu masalah dah selesai. Alhamdulillah2.



cik Da: ringan rasa bahu walaupun sedikit.


masalah?????

terlalu banyak masalah yang datang sekarang ni. kadang2 bila terlalu memikirkan masalah, boleh membuatkan aku jadi murung. aku cuba sedaya upaya untuk tidak memikirkan masalah itu. tp dah memang lumrah manusia biasa, aku tetap tidak mampu. kekadang jugak aku rasa nak menjerit sekuat hati aku dengan harapan semua masalah akan pergi jauh bila aku berbuat demikian. tp itu semua tidak mungkin akan terjadi.

sekarang aku cuba muhasabah diri. walau apa pun masalah yang datang, aku tak akan pernah melupakan Tuhan dan keluarga yang tersayang.

 

Cik Da: dalam dilema.

Friday, 3 January 2014

WeLcOmE 2014!!!

Hari ni hari kedua bagi tahun 2014. terasa baru je semalam tahun 2011. hehehe (bukan ape 2011, tahun pertama aku menjadi mahasiswi kat UUM ni.) Skrang dah masuk 3 tahun aku belajar kat sini. terlalu banyak kenangan manis mahupun pahit yang telah tercoret. 
Dah menjadi lumrah kehidupan ni, biasalah dalam hidup akan ada pasang surutnye. 
Takpe la, peristiwa yang pahit kita jadikan sempadan dan tauladan. semoga tidak akan berulang lagi dalam kehidupan seterusnya.
Kalau di tanya azam bagi tahun baru ni. memang terlalu banyak kot benda yang aku nak. tapi apa yang paling penting, harap sangat tahun ni hidup aku akan lebih diberkati dan sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang. Insha Allah.
Cik Da : Tahun baru, umor pun dah semakin meningkat..huhuhu

Saturday, 28 December 2013

Risau kat Adik.

Bulan Disember ni banyak plak kejadian baru yang berlaku dalam hidup aku. salah satu nye, adik aku yg no 2 tu dah merantau kat KL skrang ni. Ble abis je exam STPM, terus je dia wat keputusan nak merantau ke KL untuk mencari kerja. ya la, biasa la budak2 zaman skrang ni.. tak taw nak duduk diam kat rumah. ada je benda yg nak dibuatnye..hehehe (dah mcm org tua plak aku ckp mcm ni)

yang tu aku tak kesah. yang aku kesah skrang ni macam mana la dia duduk kat bandar metropolitan tu. risaunye. terlampau banyak cabaran dan dugaan kat sana tu. dia dah la x pernah keluar dari kg. skrang ni nak hidup kat bandar org plak.. adus, risaunye aku. aku yang kakak dia ni pun risau macam ni. mak dan ayah aku kat kg tu mesti lagi risau. Ya Allah, beri la perlindungan kepada adik aku yang sedang jauh dari keluarga tu. 

Aku taw, dia pasti akan ada masalah kewangan ble keluar dari kg. sebab tu aku selalu mesej dia. ckap kat dia klu ada apa2 masalah bagitaw kat aku ni, jgn diam jer. dia jauh dari mata. aku tak kan dapat nak lihat setiap perkara yang dia buat. malam takdi, dia call cakap nak pinjam duit. gaji dia x dapat ag. ya la mana nak dapat, kerja baru 8 hari bukanye 8 minggu..huhuhu

Takpe, selagi aku boleh tolong, aku tolong.. demi kasih dan sayang seorang kakak kepada adiknye. ble dia bagi taw aku masalah dia pun aku dah rasa lega. sekurang2nye, dia sudi berkongsi masalah dia kat aku. sebab personality adik aku sorang ni pendiam dan perasia ckit.

Cik Da : Sayang adik aku ketat2. rindu kat dia sgt.

Thursday, 26 December 2013

Minggu Exam..

Assalamualaikum..
Pejam celik, pejam celik dah masuk minggu exam.. tapi aku masih tak sedar diri..huhu tahap kemalasan dalam diri aku masih lagi tebal. orang lain mungkin sekarang ni sedang bertungkus lumus study. tapi aku tetap jugak macam ni. aduhai, Cik Da oii, bila nak start study ni? ermmmmmm..
dalam aku duk bermalas2 ni, ada jgk kawan aku yang minta aku bagi motivasi kat dia. kalau teringat balik rasa nak ketawa je. dah macam pakar motivasi pulak aku ni bagi nasihat bagai kat dia.
 " ingat target kita semester ni nak tingkatkan CGPA kita. kalau kita malas nak study ingat dapat tingkatkan CGPA ke?".. 
so, aku pun pusing semula nasihat yang aku bagi kat kawan aku tu, aku bagi kat diri aku yang pemalas ni.. Cik, Da kalau nak berjaya, kena berusaha.. kejayaan tak akan datang dengan sendiri taw.

Cik Da : berdebarnye rasa nak jawab exam ni..huhuhu

Sunday, 8 December 2013

belajar bahasa korean

Aku suka tengok korean's variety show. bila lama2 aku tengok, aku terus jatuh cinta dengan bahasa korea ni. tapi terus terang aku cakap susah jugak nak belajar bahasa korea ni.huhuhu
Setakat ni aku dah boleh tulis hangeul tapi aku masih x paham maksud setiap perkataan tu. Sekarang motivasi aku kuat plak nak menguasi bahasa korea ni. Tambah2 lagi klu tengok cerita korea yang xde subtitle tu.

Cik Da : harap2 balik kg nnt dapat cakap korea la aku..hehehehe