Monday, 17 March 2014

Korean best voices!


ni antara penyanyi kpop yang mempunyai suara yang merdu dan aku suka dengar.




yoseob Beast

Ni vokal utama kumpulan Beast. kalau tak silap aku Beast mempunyai 6 orang ahli. Boleh dikatakan kesemua ahli Beast hensem dan cute tapi aku tak berapa kenal sangat.hehehe. yang aku tahu suara Yoseob ni merdu tambah2 klu dengar lagu yang bertajuk "YOU".



G.O Mblaq

Mblaq pulak mempunyai 5 orang ahli. Mblaq ni anak buah penyanyi tersohor iaitu Rain. suara G.O ni memang best. Lagu yang best ialah 'Y'.



Taeyang Bigbang

 Sape yang tak kenal bigbang. bigbang ni satu nama besar di korean. bigbang ada 5 orang ahli. klu kumpulan bigbang bukan Taeyang sorang mempunyai suara yang best, Daesung pun best gak suara dia. antara lagu yang mempamerkan kemerduan suara Taeyang ialah 'Tell me goodbye' dan 'lolipop'.



Yesung Super Junior

 Dalam ramai2 ahli kumpulan Super Junior, aku paling suka dengar suara Yesung. terpukau betul. Lagu yang bertajuk 'It's has to be you' berjaya membuatkan aku jatuh cinta dengan Yesung ni.



Lee Junho 2PM

Kumpulan yang paling aku minat ialah 2PM! walaupun JunK merupakan main vocalis mereka tapi aku lebih suka dengar suara Junho ni. kalau dengar lagu 'I CAN'T' memang aku amati betul2 part Junho ni, suara dia best giler.




Yonghwa CNBlue

C N to the Blue to the sky... hehehe kesemua lagu CNBLUE best sebab penyanyi utama dia seorang ni jer. walaupun ada ahli yang lain turut menyanyi sama tapi tetap tidak dapat melawan kemerduan suara Yonghwa ni. 'I Am A LONER' lagu yang paling kerap aku dengar.

Cik Da: Suka dengar lagu korea bila boring. 

Thursday, 13 March 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah.. syukur Ya Allah. baru je beberapa minit aku luah kat blog ni tentang masalah.. sekarang satu masalah dah selesai. Alhamdulillah2.



cik Da: ringan rasa bahu walaupun sedikit.


masalah?????

terlalu banyak masalah yang datang sekarang ni. kadang2 bila terlalu memikirkan masalah, boleh membuatkan aku jadi murung. aku cuba sedaya upaya untuk tidak memikirkan masalah itu. tp dah memang lumrah manusia biasa, aku tetap tidak mampu. kekadang jugak aku rasa nak menjerit sekuat hati aku dengan harapan semua masalah akan pergi jauh bila aku berbuat demikian. tp itu semua tidak mungkin akan terjadi.

sekarang aku cuba muhasabah diri. walau apa pun masalah yang datang, aku tak akan pernah melupakan Tuhan dan keluarga yang tersayang.

 

Cik Da: dalam dilema.